Archive

Archive for the ‘Sex’ Category

Percikan Air Mawar

Rata-ratanya..
Bertarikh sekarang.
Zaman moden ini.
Muka tidak menampakkan usia.
Perwatakan tidak menonjolkan kematangan.
Badan tidak memperagongkan jenis Asia.
Benar-benar tidak cocok.

Tapi mengapa seolah-olah tahun canggih
tahun merdeka,puak cendiakawan,ahli fikir ini.
Era kanak-kanak remaja dewasa yang sudah
cerdik pandai pemikirannya seolah-olah masih
memperlihatkan banyak kebodohan berlaku,
atau manusia sekarang melebihi ketamadunan
budaya-terlebih modenisasi.
Tidakkah abad ini kecerdikan yang perlu diundangkan?
Jangan diucap rumah pelacuran,bilik merah gelap,
lorong gelap,hotel murah.
Sememangnya itu mengandung perilaku dosa.
Cuma,pada pasangan yang masih jauh di tempoh
percobaan telah bertindak sebagaimana yang berlaku
di tempat maksiat.Tidak dapat tidak saksinya sekarang
berlatarkan tangga,taman,tempat sunyi,tandas,kereta,
panggung mahupun dikamar sendiri.

Agaknya dahsyat benar penangan nafsu.
Begitu ‘takzim’ pada kewibawaan iblis.
Kasihan hawa,dibawanya ‘tembikai susu’
ke hulu-hilir memperaga memperlihatkan
menampakkan kepada yang arif dan pakar.
Terus pada yang berfesyen,mana mungkin menutupinya.
Atau memang tumbesaran benarnya datang dari ajali?
Sudah syah Percikan Air Mawar-nya atau belom?
Ya,ya..barangkali datangnya dari yang asli.
Mungkin.

Bukan kamu-tapi aku.Kita.

Categories: Sex Tags:
%d bloggers like this: