Archive

Author Archive

Petang hari permulaan Julai

28 July 2012 Leave a comment

Kenyang perut membaham makanan
Letih lesu bak ular sawa
Dek kerana roti nan
Plan keluar terus balik ke rumah sewa

***

Remote Astro berkaler putih dipegang untuk hanya mengetahui apa
yang menarik di skrin tivi.Seusai mencari, berkenan pula dihati
saluran 863 THR Gegar menjadi pilihan untuk kali ini.
Kipas ceiling sedia terbuka sebelum keluar membaham tadi,tetapi tetap
dengan niat pembaziran terus memasang kipas berdiri separa lutut
untuk menambahkan lagi situasi petang yang malas.

Perasan bagus didiri dengan memegang buku cerpen pendek untuk dibaca
melawan angin malas.Berhadapan tivi yang dipasang saluran 863
kedengaran yang sedang dimainkan lagu dari filem Chal Mere Bhai
lakonan Salman Khan, dengan menyelinap masuk ditengah-tengah
antara kawan-kawan dikiri dan kanan untuk dibaringkan badan.

Membaca helaian dengan penuh lemah gemalai,sedikit mengekek-ngekek,
sedikit kebingungan dan pelbagai rasa memenuhi petang permulaan Julai
ini.Melupakan saluran radio THR sehingga menghirau kembali apabila
lagu dari Rohana Jalil dimainkan.

***

Kawan-kawan dikiri dan kanan telah pergi kehaluan masing-masing
sehingga yang dikiri bangun dan berlalu ke bilik.
[Mungkin memberikan sedikit kacau padanya].

Buku ditangan ditutup dan diletakkan ditepi.
Mengambil bantal yang ditinggalkan oleh kawan sebelah kiri tadi
untuk menyambung haluan.

[Kini buku tersebut belum pernah menjengah ke muka surat
setengah sampai kehari ini].

Advertisements
Categories: Petang, Tidur Tags: , ,

Kehadiran Pe’ah

28 June 2012 Leave a comment

Ramai manusia yang rata-ratanya dimasa sekarang
hidup berpindah randah ke satu tempat ke tempat yang lain.
Mahu di luar negeri ataupun di sekitar negeri sahaja.
Maksudnya antara daerah daerah sahaja,berdekatan.
Dengan alasan untuk bekerja atau menambah keselesaan
kehidupan mendatang.

Auri,anak kecil kepada pasangan Azari dan Imunah akan
mengalami keadaan tersebut.Semenjak berusia 5 tahun lagi,Auri
berhadapan dengan situasi demikian dengan bingungnya.
Yang pada masa sama hanya tahu akan tempat tidurnya bersama
bantal peluk busuk.Dengan sedikit nasihat dari ibunda tercinta,
‘ini rumah baru kita nak..sini ada ramai kawan baru’.

Setelah berusia hampir menempuhi peperiksaan UPSR (Ujian
Penilaian Sekolah Rendah).Auri sekarang semakin tidak
mempunyai ramai kawan kerana termasuk rumah baru sekarang
sekali lagi keluarga mereka berpindah untuk kali ke-empat.
Cuma rezeki Azari kali ini melimpah ruah,sebabnya memiliki
rumah baru berkeluasan 30X80 kaki tidak termasuk halaman keliling.
Rumah yang membolehkan Auri berbasikal di serata halaman
rumah baru tersebut.

Tidak lama,lama kelamaan Auri mendapat ‘teman’.
Dengan kehadiran ‘teman’ barunya itu.Auri semakin
alpa dengan memori yang lampau dengan meneruskan hidup di
tempat baru.Ini disebabkan dengan kehadiran Pe’ah gelar Auri.

Pe’ah..
Diberikan ikan kembung rebus setiap hari oleh Auri
menyebabkan Pe’ah selesa dan bahagia dirumah bumbung
berkaler merah itu.
Walaupun Auri suka akan ayam goreng masakan ibunda tercintanya.

Sebuah Memori

11 February 2012 Leave a comment

Pembakaran sebarang bahan dalam cara yang dihasilkan
mengeluarkan api dari pembakaran tersebut dibebaskan
secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui
serombong, pendiang, atau lohong.Secara umumnya,
setiap kali menyalakan api di luar,
ia dipanggil pembakaran terbuka.

Hampir 6 tahun tidak menghidu asap pembakaran lebih-lebih lagi
setelah menetap di perantauan sebagai kuli untuk pendapatan
rezeki.Telah nyahkan deria hidung dengan benda-benda
klasik seperti itu.Walhal ia adalah acara kebiasaan petang
hari lebih-lebih lagi di kawasan yang digelar kampung.
Alangkah beruntungnya deria yang sekian lama tidak diberi
suntikan itu telah beterbangan di udara bandaraya sewaktu
pulang dari kerja.Laju perjalanan otak yang mengatakan
ini adalah asap pembakaran rumput-rumput padang atau mungkin
rumput-rumput halaman rumah.

Ironinya di bandaraya atau lebih spesifik di sekitar Jalan Eaton,
Persiaran Stonor dan Kedutaan Jepun berhampiran Jalan Tun Razak
ia berlaku.Hairan!

Dari mana ia datang?
Lantas fikiran memberitahu hati supaya tenteram.
Mungkin ia datang dari pekerja kedutaan yang mengemas halaman
pada petang hari itu.Mungkin!

Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada
berlakunya pencemaran udara.Pembakaran terbuka kebanyakannya
dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah,sisa pepejal
di kawasan industri dan tapak pembinaan,sisa perladangan,sisa
kebun serta pembakaran di hutan simpan.Keadaan pencemaran menjadi
lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut
menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam
dan mengurangkan jarak penglihatan.Contoh masalah jerebu yang melanda
Malaysia pada 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah
diselubungi asap. Keadaan jerebu yang berlaku ketika itu amatlah
membimbangkan sehingga menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU)
meningkat sehingga ke paras yang sangat bahaya.Padahal ianya mungkin
berlaku jauh dipinggiran,bukan di bandaran.

Tersenyum,melepaskan hembusan sinis dan pelbagai rasa lagi
sambil meneruskan perjalanan untuk mendapatkan
perkhidmatan light rail transit (LRT) pulang kerumah.

Kadang-kadang kehidupan yang memperoleh kemanisan pengalaman
sebelum menemui ajal adalah erti hidup yang bermakna,walau ia kecil
atau besar.Apa makna indeks pencemaran sekiranya itu adalah
pengalaman yang indah setelah sekian lama disimpan beku dalam
kehidupan moden 2020 ini.Masakan tidak amarah dengan penambahan
kenderaan,asap rokok,kilang?Inikan pula asap kecil juga jarang-jarang.

Categories: Memori
%d bloggers like this: