Archive

Author Archive

Belai diri

Makin lama makin parah..
Apa salah puas-kan diri walaupun untuk sehari sahaja.

Jiwa
Minda

Inginkan sesuatu..
Dipetik sahaja oleh otak,
Akan dilaksanakan tanpa segan silu.

Bukan untuk setahun..
Sebulan,
Seminggu,
Hanya cuma sehari.

Tidak salah minda mengikuti jiwa..
Untuk apa sahaja walau sekadar sehari.

Kepuasan akan menginzal kehendak hati.

Categories: Maksud Tersirat

Macam Bongok

15 April 2012 1 comment

Mengapa diwujudkan cara begitu..
Macam bongok rasanya.

Geletek diri sendiri mungkin..
Lihat bawah,atas,kiri,kanan..
Tidak boleh belakang apatah lagi hadapan..
Ibarat buta penglihatan walau ia celik..
Macam bongok rasanya.

Jantan turut tersipu malu..
Lantas bagaimana akan perempuan..
Macam bongok rasanya.

Mual sekiranya luarbiasa..
Tidak akan dipilih posisi..
Sekiranya yang kosong masih belambakan.

Mengapa bersusah payah bergerak secara berundur..
Tidak lahir sedikitpun kebijaksanaan..
Juga peradaban..
Moden-langsung tidak..
Kapasiti menambahkan kerugian..
Ruang tidak mendatangkan keuntungan..
Macam bongok.

Percikan Air Mawar

Rata-ratanya..
Bertarikh sekarang.
Zaman moden ini.
Muka tidak menampakkan usia.
Perwatakan tidak menonjolkan kematangan.
Badan tidak memperagongkan jenis Asia.
Benar-benar tidak cocok.

Tapi mengapa seolah-olah tahun canggih
tahun merdeka,puak cendiakawan,ahli fikir ini.
Era kanak-kanak remaja dewasa yang sudah
cerdik pandai pemikirannya seolah-olah masih
memperlihatkan banyak kebodohan berlaku,
atau manusia sekarang melebihi ketamadunan
budaya-terlebih modenisasi.
Tidakkah abad ini kecerdikan yang perlu diundangkan?
Jangan diucap rumah pelacuran,bilik merah gelap,
lorong gelap,hotel murah.
Sememangnya itu mengandung perilaku dosa.
Cuma,pada pasangan yang masih jauh di tempoh
percobaan telah bertindak sebagaimana yang berlaku
di tempat maksiat.Tidak dapat tidak saksinya sekarang
berlatarkan tangga,taman,tempat sunyi,tandas,kereta,
panggung mahupun dikamar sendiri.

Agaknya dahsyat benar penangan nafsu.
Begitu ‘takzim’ pada kewibawaan iblis.
Kasihan hawa,dibawanya ‘tembikai susu’
ke hulu-hilir memperaga memperlihatkan
menampakkan kepada yang arif dan pakar.
Terus pada yang berfesyen,mana mungkin menutupinya.
Atau memang tumbesaran benarnya datang dari ajali?
Sudah syah Percikan Air Mawar-nya atau belom?
Ya,ya..barangkali datangnya dari yang asli.
Mungkin.

Bukan kamu-tapi aku.Kita.

Categories: Sex Tags:

Sesi Baru

4 January 2012 Leave a comment
Categories: General

Bajet

30 November 2011 1 comment

Di tempat berhawa dingin,balik pukul 5 petang.
Sesetengah pejabat ada yang salurkan internet
pada pekerjanya yang pemalas supaya bersemangat
bekerja maklumlah internet percuma,dan ada
juga yang tiada saluran hiburan kecuali gosip
bualan antara rakan sekerja.Namun itu semua tiada
masalah,yang penting hujung bulan masuk upah keringat
masing masing selama 30 hari.
Dirumah,saluran yang dimaksudkan sebenarnya boleh
didapati dengan hanya membayar RM100 sebulan
menggunakan syarikat swasta iatu TM.
Apa yang dikatakan dengan bajet adalah sekiranya
komputer atau laptop ‘demam’,macam mana dengan
perkhidmatan yang dilanggan RM100 sebulan tadi?
Macam mana hendak mengekses?
Macam mana dengan awek-awek murahan di laman
sosial?
Macam mana waktu yang dulunya sibuk dengan internet,
sekarang hanya menelan liur melihat rakan serumah
berchatting?komen status?’poke’ sana sini?
hehe
……….

Agar tidak mendapat gelisah melihat rakan lain khusyuk.
Tutup sahaja akaun facebook,twiter ataupun tagged.
Tidak akan lagi menumpukan pada skrin melainkan sudah
membaiki laptop atau komputer yang rosak tadi.
Tidak lagi membuang masa di alam maya.Muhasabah diri.
Arghhhh….
fook!

Categories: General

Quote

20 October 2011 Leave a comment
Categories: General

rokers,24/7|kemas,8jam ‘kesihatan’ vs kehidupan sejati 3 (versi kapitalis)

15 September 2011 Leave a comment

gua rokers tak bertempat..
setakat convention center..
gua pakai selipar jepun sama t-shirt black metal je..
dengan seluar koyak koyak pada punggung, lutut dan
calar calar di peha.
tapi gua pegi bukan nak bikin kecoh..
pegi masuk sama itu geng geng kapitalis dunia aje.
ini bukan calang calang..
peringkat asia tenggara perhimpunan kali ni.
ade yang berkod,berneck tie,seluar gosok tajam
punye..kena tangan boleh berdarah.
sampai,gua masok,singgah kaunter,daftar siap sume.
gua tggu mamat rambut berkilat sambil beratur..
wakaka..(berdisiplin juga gua nie..)..
untuk kasi pass masok.
sekali die dtg,gua dah stanby buku lima..
nasib die ckp elok..gua rilek..
*brader tak leh masok kata mamat berambut kilat tadi.
*ini pameran tertutup bukan terbuka..

gua balik layan tido..

Categories: General
%d bloggers like this: