Home > Memori > Sebuah Memori

Sebuah Memori

Pembakaran sebarang bahan dalam cara yang dihasilkan
mengeluarkan api dari pembakaran tersebut dibebaskan
secara langsung ke udara sekitar tanpa melalui
serombong, pendiang, atau lohong.Secara umumnya,
setiap kali menyalakan api di luar,
ia dipanggil pembakaran terbuka.

Hampir 6 tahun tidak menghidu asap pembakaran lebih-lebih lagi
setelah menetap di perantauan sebagai kuli untuk pendapatan
rezeki.Telah nyahkan deria hidung dengan benda-benda
klasik seperti itu.Walhal ia adalah acara kebiasaan petang
hari lebih-lebih lagi di kawasan yang digelar kampung.
Alangkah beruntungnya deria yang sekian lama tidak diberi
suntikan itu telah beterbangan di udara bandaraya sewaktu
pulang dari kerja.Laju perjalanan otak yang mengatakan
ini adalah asap pembakaran rumput-rumput padang atau mungkin
rumput-rumput halaman rumah.

Ironinya di bandaraya atau lebih spesifik di sekitar Jalan Eaton,
Persiaran Stonor dan Kedutaan Jepun berhampiran Jalan Tun Razak
ia berlaku.Hairan!

Dari mana ia datang?
Lantas fikiran memberitahu hati supaya tenteram.
Mungkin ia datang dari pekerja kedutaan yang mengemas halaman
pada petang hari itu.Mungkin!

Pembakaran terbuka adalah salah satu penyebab utama kepada
berlakunya pencemaran udara.Pembakaran terbuka kebanyakannya
dikesan berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah,sisa pepejal
di kawasan industri dan tapak pembinaan,sisa perladangan,sisa
kebun serta pembakaran di hutan simpan.Keadaan pencemaran menjadi
lebih serius pada musim panas yang berpanjangan kerana ia turut
menyumbang kepada masalah jerebu yang menjejaskan kesihatan awam
dan mengurangkan jarak penglihatan.Contoh masalah jerebu yang melanda
Malaysia pada 1997 menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah
diselubungi asap. Keadaan jerebu yang berlaku ketika itu amatlah
membimbangkan sehingga menyebabkan indeks pencemaran udara (IPU)
meningkat sehingga ke paras yang sangat bahaya.Padahal ianya mungkin
berlaku jauh dipinggiran,bukan di bandaran.

Tersenyum,melepaskan hembusan sinis dan pelbagai rasa lagi
sambil meneruskan perjalanan untuk mendapatkan
perkhidmatan light rail transit (LRT) pulang kerumah.

Kadang-kadang kehidupan yang memperoleh kemanisan pengalaman
sebelum menemui ajal adalah erti hidup yang bermakna,walau ia kecil
atau besar.Apa makna indeks pencemaran sekiranya itu adalah
pengalaman yang indah setelah sekian lama disimpan beku dalam
kehidupan moden 2020 ini.Masakan tidak amarah dengan penambahan
kenderaan,asap rokok,kilang?Inikan pula asap kecil juga jarang-jarang.

Advertisements
Categories: Memori
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: